Omg : Rumah Terkecil Di Belgium Dilelong Dengan Harga Setengah Juta (3 Gambar)





Sebuah rumah terkecil di Brussels akan dilelong pada 6 Februari ini dengan harga permulaan 146,200 euro (RM596,658).

Rumah lima tingkat berusia berabad-abad itu yang juga bekas kedai perabot mempunyai lebar 2.75 meter manakala tingkat bawahnya pula hanya selebar 1.75 meter.

"Rumah kecil ini terdapat banyak keistimewaannya dan ramai pelancong yang mahu melihatnya," kata Claude Rotsart de Hertaing, seorang pesara yang bertanggungjawab membawa bakal pembeli melihat rumah terbabit.

Rumah itu terletak berhampiran Dataran Grand Place di tengah Brussels dengan tulisan "La plus petite maison de Bruxelles" (Rumah terkecil di Brussels) tertera di atas pintu masuk kediaman terbabit.





p/s : Kecil tapi mahal..




Follow On Twitter

0 komentar:

Poskan Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.